Khamis, 7 Julai 2011

Kenapa & Mengapa????

Tadi membuak2 nak menulis.... kini macam malas lak... Tak tau la kenapa hari ni banyak lak ide nak menulis. Kini malas menyelubungi hati dan minda. Ide yang melimpah ruah tadi melayang entah ke mana. Saat hati terluka ini, teringat rakan yang telah pergi menemui Illahi. Terfikir juga, alangkah mudahnya jika aku turut bersamanya. Hilang masalah lagi mudah, tapi bila mengenangkan empat pasang mata yang redup menagih kasih maka aku tersedar... itu bukan jalannya. Bukan niat nak buat dosa yang keji tu, tapi mengharap kepergianku dengan izin dan restu Illah secara suci membawa duka hingga ke sana.Maka luka yang terguris ini dipendam dan terus terpendam.

Berdosakah seorang anak yang menarik diri dari family kerana hatinya selalu dilukai. Kedatangan tanpa sambutan membuatkan anak dah naik bosan. Tujuan yang baik disalah ertikan jadikan anak dalam keruan. Penawar di bawa tidak diterima mungkin kerana tidak percaya di sebabkan diri ini tidak berharta. Walau apa yang diberi oleh anak yang lain cepat disambut tanpa berpaling.

Anak itu adalah aku....
Yang kini membawa diri
Kerana yakin tidak disayangi
Namun aku tetap menanti
Pohonan maaf dari family
Adakah ini bakal terjadi????
Atau aku mengalah di Aidilfitri???

Ya Allah berikanlah aku petunjuk Mu..
Adakah segala yang berlaku terhadap diriku selama ini adalah balasan dari Mu???
Atas dosa ku terhadap ibuku???

Bukan aku menderhakai ibu
Sekadar merajuk memujuk kalbu
Kerna hatiku hancur bagaikan debu
Takkan terubat dalam seminggu...
Maafkan aku..

Ya Allah, kiranya kesusahan hidup yang kau berikan pada ku dan kehilangan kasih dari sahabat sejati,,, walau hadir insan lain sebagai pengganti.... adalah balasan atas dosaku selama ini, aku mohon diampuni... Akan ku kuatkan azam dan semangat untuk menempuh segala liku walau apa pun yang berlaku...

Buat semua yang mengenali
Mohon dosa diampuni
Moga hidupku diberkati
Tanpa insan yang aku sayangi...

Aku adalah aku.....

* mana hilangnya insan yang memahami
mana perginya insan yang kusanjungi
yang suka dan duka ku dikongsi
tanpa sebab yang ku tak pasti....

Khamis, 13 Januari 2011

Apakah salah ku????????

Salam tahun baru dan salam 1 Malaysia......
Dugaan apa yang kuterima. Membantu orang tapi aku yang dihina. Ini semua gara-gara kerja yang kuterima.
Aku membantu GPK 1 membuat jadual waktu. Tanpa mengira masa, wang dan segalanya. Aku hanya menerima data yang diperlukan dan membuat sedikit perubahan apabila berlaku permasalahan, itu pun atas persetujuan GPK ku itu. Bil telefon ku beratus dan kini di sekat kerana terlebih penggunaannya.... Aku tak kisah. Yang penting jadual mesti di selesaikan sebelum sekolah dibuka. Nah!!! 31 Disember 2010, orang lain cuti tapi aku dan 2 rakanku disekolah sehingga jam 4.30 ptg untuk menyelesaikan jadual waktu itu. Minggu pertama didapati ada perubahan yang perlu dibuat maka jadual terpaksa dibuat kali kedua. (Kelas 4B terpaksa ditutup dan 1B dibuka) Sekali lagi aku berkampung di sekolah pada petang Jumaat. Maka selesailah masalah jadual......

Isnin menjelma, jadual diagihkan, huh!!!! sekali lagi jadual terpaksa diubah kerana masalah guru yang sepatutnya mengajar Mate Tahun 1 adalah orang yang salah.... Semua data sebenarnya GPK yang buat...... bukan aku... so, jangan SALAHKAN AKU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Inilah episod duka ku bermuala. Ramai yang tidak puas hati dengan ku mengenai jadual. Aku bukan yang menentukan subjek guru mengajar, tapi GPK...... Fahamilah wahai guru2 SKK... Bukan aku yang menentu jadual harian itu tapi KOMPUTER....... Dalam SSS manusia masukkan data, sistem- generate semuanya............ itu pun ambil masa yang lama. Fahamilah wahai guru2 SKK. Kenapa kalian SALAHKAN AKU!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Aku punya hati dan perasaan seperti manusia biasa. Aku bukan komputer................Marahlah pada GPK ............. (kenapa???? x berani???) Aku cuba memberi yang terbaik untuk kalian. Masa menagajar kalian paling banyak pun 26 waktu sahaja. Itu dah cukup baik berbanding sekolah lain yang waktu mengajarnya 28 - 30 waktu semingggu. Aku mendapat maklumat guru2 baru yang membuat onah dalam perkara ini. Guru2 lama semua berpuas hati dengan jadual yang diterima.

Lebih menyedihkan lagi aku difitnah. Aku dikatakan menuduh seorang guru lelaki berjumpa GB untuk menukar subjek yang tak diingininya. Huhhhhhh satu lagi bebanan di kepala ku. SUMPAH aku tak cakap pun. Bagi mereka yang menabur fitnah ini, jumpa aku di akhirat nanti. Syurga neraka urusan Allah tapi fitnah ini tak akan ku maafkan orang yang menaburkan kecuali................... tampil membuat pengakuan. Bersihkan nama ku ini. Kalau tak, petakalah hidup mu sepanjang hayat. (untuk orang yang menabur fitnah ni je) Hari ni pulak seorang lagi cikgu mengadu dengan ku mengenai dia pula ku katakan berjumpa GB untuk menukar subjek. Haaahhhhh Dah macam Anwar Ibrahim lak aku ni. Di fitnah perkara yang sama pada orang yang berbeza. Kita lihat sahaja la... sape yang membawa mulut ni, pasti mendapat balasannya.

Duka ku tak habis disini sahaja, rupanya ada lagi orang yang membawa cerita untuk melaga2kan aku dengan seorang guru wanita. Ni pasal parking. Nak jadikan cerita setelah habis mengajar satu kelas, aku berbual dengan seseorang. (bukan guru) Dia bercerita mahu menukar kereta. Ku tanya kereta apa? Jawapannya "suami orang nak Alphad." Wow...... aku hanya memberikan sokongan dan semangat. Lalu bermulalah cerita parking. Dia mengadu ingin mengambil alih parking seorang guru yang berpindah ke sekolah lain tetapi tidak diizinkan oleh ketua kelab staff kerana tempat itu untuk guru yang belum ada parking. Bukan dia tak ada parking tapi....
entahlah... mungkin nak tempat yang lebih baik memandangkan parking tersebut berhapiran dengan pejabat dan luas laluan keluarnya berbanding dengan parking yang lain. Aku mengiakan kata2 ketua kelab staff tersebut dan menyatakan alasan yang kukuh. Antara kata2nya:
"cuti hari tu, orang yang parking tempat tu, orang cakap dengan K... B...... nak tukar parking tapi k...B... kata itu tempat K...R..... Bukak sekolah, tuptup L... yang masuk, Boleh pulak." maka aku pun cakap " X pe la M..... kita ada parking masuk parking kita diam-diam. Memang betul cakap K...B... tu, itu tempat K..R.... Mungkin L.. dah deal dengan K..B... Kot. X pe la..."
Tak lama selepas itu L.. mengalihkan keretanya kerana mendapat cerita bahawa ada orang bising dia masuk parking tu. Orang yang menyampaikan pulak menyatakan orang yang bising itu guru vateran dan pendiam orangnya. Aku bukan guru vateran aku muda lagi la beb.... Masalahnya si M ni rasa bersalah dan berjumpa dengan L dan memberi tahu aku yang bising dia masuk parking. Siap kata kawan dia boleh pulak tu (merujuk pada kawan ku yang baru pindah masuk ke sekolah aku tu, dia dioffer ambil parking lama L) (Cerita dari L) Huh fitanh...fitnah.... Salah ke aku cakap masa dia ngadu dengan aku tu??? (X pe la M..... kita ada parking masuk parking kita diam-diam. Memang betul cakap K...B... tu, itu tempat K..R.... Mungkin L.. dah deal dengan K..B... Kot. X pe la...") Hari ni pecah semua nya... L minta maaf dengan ku dan kami bermaaf-maafan dan berpelukan. Tapi pada orang yang menabur fitnah.... terimalah balasan untuk mu.....Oppsss ceritaku x habis lagi, bila satu penipuan, pembohongan dan penfitnahan terbongkar maka semua nya terbongkar.... nanti aku sambung lagi tentang cikgu yang lain pula. Kisah menolong anjing yang tersepit kita pula digigitnya.

Buat L, aku terima maaf mu dan maafkan aku juga. Moga perkara ini tak berulang lagi. Terima kasih L kerana berjumpa aku meminta penjelasan untuk meleraikan permasalahan ini.
Harap tiada sengketa antara kita selepas ini.

Woi geng naga kepala 3, Sory, x sempat berbicara dengan kalian mengenai ini. Baru tadi meletop dan bila ku ke bilik korang semua dah balik.

Apa pun ku redha apa yang terjadi,
Ini semua mematangkan diri,
Menjadikan aku lebih berhati-hati,
Terutama pada orang yang mukanya macam suci,
Tapi hati penuh daki,
Bagaikan x cuci berhari-hari.

Salam buat semua pengikut,
Aku adalah aku,
Hamba Allah yang lemah,
Tapi masih mempunyai jiwa seorang wanita.

aku....adalah aku.......