Khamis, 7 Julai 2011

Kenapa & Mengapa????

Tadi membuak2 nak menulis.... kini macam malas lak... Tak tau la kenapa hari ni banyak lak ide nak menulis. Kini malas menyelubungi hati dan minda. Ide yang melimpah ruah tadi melayang entah ke mana. Saat hati terluka ini, teringat rakan yang telah pergi menemui Illahi. Terfikir juga, alangkah mudahnya jika aku turut bersamanya. Hilang masalah lagi mudah, tapi bila mengenangkan empat pasang mata yang redup menagih kasih maka aku tersedar... itu bukan jalannya. Bukan niat nak buat dosa yang keji tu, tapi mengharap kepergianku dengan izin dan restu Illah secara suci membawa duka hingga ke sana.Maka luka yang terguris ini dipendam dan terus terpendam.

Berdosakah seorang anak yang menarik diri dari family kerana hatinya selalu dilukai. Kedatangan tanpa sambutan membuatkan anak dah naik bosan. Tujuan yang baik disalah ertikan jadikan anak dalam keruan. Penawar di bawa tidak diterima mungkin kerana tidak percaya di sebabkan diri ini tidak berharta. Walau apa yang diberi oleh anak yang lain cepat disambut tanpa berpaling.

Anak itu adalah aku....
Yang kini membawa diri
Kerana yakin tidak disayangi
Namun aku tetap menanti
Pohonan maaf dari family
Adakah ini bakal terjadi????
Atau aku mengalah di Aidilfitri???

Ya Allah berikanlah aku petunjuk Mu..
Adakah segala yang berlaku terhadap diriku selama ini adalah balasan dari Mu???
Atas dosa ku terhadap ibuku???

Bukan aku menderhakai ibu
Sekadar merajuk memujuk kalbu
Kerna hatiku hancur bagaikan debu
Takkan terubat dalam seminggu...
Maafkan aku..

Ya Allah, kiranya kesusahan hidup yang kau berikan pada ku dan kehilangan kasih dari sahabat sejati,,, walau hadir insan lain sebagai pengganti.... adalah balasan atas dosaku selama ini, aku mohon diampuni... Akan ku kuatkan azam dan semangat untuk menempuh segala liku walau apa pun yang berlaku...

Buat semua yang mengenali
Mohon dosa diampuni
Moga hidupku diberkati
Tanpa insan yang aku sayangi...

Aku adalah aku.....

* mana hilangnya insan yang memahami
mana perginya insan yang kusanjungi
yang suka dan duka ku dikongsi
tanpa sebab yang ku tak pasti....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan